My Blog List

Monday, July 22, 2013

The Best Placed in Penang

                                                           PULAU AMAN


 
    PULAU Aman? Namanya mungkin asing bagi sesetengah orang, terutama bukan penduduk Pinang berbanding lokasi tumpuan umum seperti Batu Feringghi, Bukit Bendera atau PulauPulau Jerejak.

Seindah namanya, begitulah yang dapat dinikmati apabila mengunjungi pulau berkeluasan 115.2 hektar itu yang berhampiran dengan tanah besar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Mengunjungi Pulau Aman menjanjikan ketenteraman dan ketenangan menerusi sumber alam semula jadi yang masih tidak terusik selain daripada menambah lagi ilmu pengetahuan atau sejarah tanah air.

Percaya atau tidak, pulau yang juga perkampungan nelayan itu menawarkan pengalaman menarik dan menakjubkan.

Mendengar nama Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung dan Batu Perompak pasti mencetuskan kemusykilan untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Malah, pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di pulau itu yang ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890, menjadikan usianya kini 120 tahun dan disahkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi).

Mengikut cerita penduduk, Pulau Aman diterokai pada 1783 selepas meletus peperangan di antara Kedah dan Siam sebelum pulau itu menjadi tempat berlindung.

Selain itu, pulau berkenaan turut menjadi tempat lanun atau perompak berselindung serta menyembunyikan senjata api.

Sejak itu, satu demi satu sejarah Pulau Aman terlakar sehingga mewujudkan pelbagai destinasi menarik yang kini menjadi tumpuan pelancong.

Jika ke situ, kunjungan tidak lengkap jika tidak ke Telaga Emas yang terletak beberapa meter saja dari pantai di utara pulau.

Berdasarkan sejarah, seorang penduduk pulau itu menemui mata air yang mengalir di tepi pantai pada 1789 sebelum menggalinya untuk dijadikan perigi atau telaga bagi kegunaan penduduk kampung.


                                   

 

No comments:

Post a Comment