My Blog List

Monday, July 22, 2013

The Best Placed in Penang

                                                     BUKIT BENDERA

   Bukit Bendera terletak pada ketinggian 830 meter di atas pekan George Town, puncak Bukit Bendera dalam bahasa omputeh lebih dikenali sebagai Penang Hill mempunyai suhu yang dingin dengan panorama yang indah kalau tak berkabus. permandangan "night landscape" jugak indah tapi aku tak berkesempatan nak pi ambik gambar memalam hari.


Mengikut ceritanya, suhunya sekitar 5 darjah celsius lebih rendah daripada paras laut.

                      

Menurut sejarah dulu, bukit ini juga digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan kawasan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Tapi laaa ni, dah tak nampak lagi buah dan pokoknya di sini.

Kalau rajin dan nak rasa peluh menjijis ke tidak , boleh gunakan track pejalan kaki melalui Taman Botanikal Air Terjun . Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya penduduk sini panggilnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


Bukit Bendera merupakan terdiri daripada sekumpulan puncak bukit di Pulau Pinang.Ia terletak di kawasan Air Itam Pulau Pinang , bukan Air Itam Johor tu, 6 kilometer dari pusat bandar George Town. Penang Hill juga dikenali dengan nama Melayu Bukit Bendera, yang merujuk kepada Flagstaff Hill dan puncaknya dimajukan menjadi kawasan pelancongan sejak dulu lagi.

Ikut ahli geologi pula, Bukit Bendera terbentuk dari batuan granit dan puncak tertinggi di ialah Western Hill pada ketinggian 833 m (2723 kaki) di atas paras laut. 
Cara yang paling mudah nak ke atas adalah dengan menaiki Keretapi Bukit Bendera .

Pembinaan landasan keretapi bermula antara 1906-1923 dengan anggaran kos sebanyak 1.5 juta Straits dolar pada masa itu.Tak tahulah jumlahnya kalau convert dengan duit sekarang ni. 

Keretapi pula dibuka kepada orang ramai pada 21 Oktober 1923.
Jaraknya lebih kurang 1.435 batu mengambil masa kira-kira setengah jam dan keretapi boleh berhenti di stesen-stesen perantaraan atas permintaan.Tapi sekarang ni tak sampai 5 minit dah sampai puncak.


Katanya , koc tren baru ni dibuat di Swiss.


Selain itu, terdapat km 3.2 km jalan berturap yang dikenali lebih sebagai "trek jip". Ia adalah terbuka hanya kepada kenderaan penduduk bukit."Trek jip" juga digunakan oleh peminat motosikal "off-road" untuk merentasi cerun curam. Ia adalah laluan mendaki yang begitu popular. 

Ia bermula di kuari di pintu masuk Pulau Pinang Botanic Gardens dan ia mengambil masa antara 2-3 jam kalau kayuh jalan pelan2 untuk sampai ke atas. 

No comments:

Post a Comment