PULAU PINANG

(PULAU PINANG) Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt. Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampong-kampong yang kotor. Manakala pendatang- pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih. Sehingga tahun 1807 bandar Georgetown dilingkungi oleb sebatang parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada sekarang lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Pada ketika ltu Lebuhraya Beach sebenarnya terletak di bahagian pantai. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Ouay Question". Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. :::MerongWangsa:::
(PULAU PINANG PULAU MUTIARA) Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.
Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampong-kampong yang kotor. Manakala pendatang- pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih.
Sehingga tahun 1807 bandar Georgetown dilingkungi oleb sebatang parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada sekarang lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Pada ketika ltu Lebuhraya Beach sebenarnya terletak di bahagian pantai. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Ouay Question".
Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
No comments:
Post a Comment